3 kakitangan ditahan reman SPRM : ‘Saya percaya mereka difitnah, mangsa komplot’

Sivarasa Rasiah

Ahli Parlimen Subang Sivarasah Rasiah mendakwa ada usaha terancang untuk memerangkap tiga kakitangannya yang kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melakukan rasuah terhadap seorang warganegara Bangladesh.

Semalam tiga kakitangan yang bekerja di pusat khidmatnya di Kota Damansara iaitu dua kakitangan Joshua Kalaiselvan, Nico Cam dan Setiausaha Politiknya Naveen Kularasan.

“Saya menolak tuduhan ini terhadap kakitangan saya. Saya tahu kakitangan saya dengan baik, terutamanya Naveen yang juga anak saudara saya. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap integriti mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sivarasa berkata siasatan itu berikutan dakwaan rasuah melibatkan seorang usahawan Bangladesh yang menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan permit pekerja Bangladesh seperti yang dibangkitkan beliau pada sidang akhbar pada 9 Ogos lalu.

“Saya dimaklumkan bahawa Monomiah telah memdapat pas-pas pengajian kategori professional ( professionalcategory work permits) untuk pekerja-pekerja Bangladesh menggunakan dokumen-dokumen palsu.

“Pekerja–pekerja ini yang dibawa masuk menggunakan permit pekerja professional ini kemudian ditempatkan di hotel-hotel bertaraf empatdan lima bintang di Kuala Lumpur sebagaipembersih dan “housekeepers”.

“Maklumat berkaitan kegiatan ini diberikan kepada saya oleh seorang warga Malaysia bernama Mohd Tahir Faizal yang juga hadir di sidang akhbar tersebut,” terangnya.

Justeru kata beliau pada 24 Ogos 2017, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen bersama lampiran kenyataan media dan dokumen berkaitan dan juga telah meminta untuk menetapkan temu janji untuk membincangkan isu tersebut.

Media turut melaporkan hari ini Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman membenarkan reman selama empat hari terhadap ketiga-tiga lelaki tersebut, bermula hari ini dan berakhir pada 25 September.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM, kata peguam mereka Paul Paulsen.

Seorang lagi Mohamad Tahir Faizal turut ditahan dan dilihat diiringi ke balai polis hari ini bersama-sama tiga lagi kakitangan ahli parlimen itu.

Tahir adalah individu yang membawa isu dakwaan rasuah melibatkan warga Bangladesh berkenaan kepada pengetahuan Sivarasa..

Saya mempercayai kakitangan saya telah difitnahdan dijadikan mangsa komplot oleh individu-individu yang terlibat dengan isu yang sayabangkitkan di sidang akhbar tersebut,” katanya.

Walaupun Sivarasa kecewa dengan penahanan itu, beliau berkata akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Beliau juga berharap siasatan akan dijalankan secepatkan mungkin.