Malaysia Dateline

3 minggu lagi terima hukuman kerana sogokan RM2.24 juta, kontraktor tentera Malaysia cabut lari dari tahanan

Kira-kira 3 minggu lagi akan menerima hukuman atas tuduhan menawarkan sogokan AS$500,000 (kira kira RM2.24 juta) seorang kontraktor tentera Malaysia bertindak cabut lari dari tahanan rumah.

Menurut pihak berkuasa AS kontraktor terbabit sebelum ini mengaku bersalah dalam kes rasuah terburuk telah bertindak memotong gelang pemantauan di kakinya pada pagi Ahad.

Francis merupakan warga Malaysia yang mengendalikan syarikat kontrak ketenteraan, mengaku bersalah pada 2015 atas tuduhan menawarkan sogokan AS$500,000 (kira kira RM2.24 juta).

Francis ditahan pada 2013, bahkan dilaporkan mempunyai banyak masalah kesihatan termasuk kanser buah pinggang yang menyebabkan lelaki itu menjalani tahanan rumah pada 2018.

Ketika itu, dia berperanan untuk membantu kerajaan AS sebagai saksi persekutuan.

3 minggu lagi terima hukuman kerana sogokan RM2.24 juta, kontraktor tentera Malaysia cabut lari dari tahanan
gelang kaki 2

Prosiding jatuh hukum terhadap Francis dijadualkan pada 22 September ini.

Francis menarik kerja-kerja ke limbungan, membuat kerja-kerja pada kapal AS dikatakan telah mengenakan caj yang berlebihan untuk Tentera laut AS dengan membabitkan sehingga AS$35 juta (kira-kira RM157 juta).

Polis dihantar ke kediaman di San Diego pada Ahad selepas agensi yang memantau gelang kaki menyedari ada masalah dengan peranti, kata Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo.

“Sebak tiba, mereka menyedari tiada sesiapa di rumah,” katanya.

Pihak berkenaan kemudian memaklumkan insiden itu kepada Marsyal AS yang kemudian ke lokasi dan mengesahkan bahawa Francis tiada di premis berkenaan.

Setakat ini, empat pegawai didapati bersalah dalam kes itu, manakala 29 individu lain, termasuk pegawai tentera laut, kontraktor dan Francis sendiri sudah membuat pengakuan salah, lapor media AS.

Baca juga: Tandas 4, pili wuduk 3 saja-Doktor luah rasa sedih betapa daifnya stesen bas negerinya, masih sama 10 tahun lepas

Baca juga: Khayal dibuai mimpi, lelaki nyaris rentung dalam kebakaran