3 muka baru dilantik Exco kerajaan negeri Pahang

Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menyaksikan tiga muka baharu dilantik memegang jawatan tersebut pada Majlis Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Pekan hari ini.

Istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar itu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar, Abd. Rahim Muda; Adun Bebar, Datuk Mohd. Fakharuddin Mohd. Ariff dan Adun Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah menjadi muka baharu dalam senarai Exco berkenaan.

Ketiga-tiga mereka menggantikan Adun Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun; Adun Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin dan Adun Benta, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak.

Sebelum ini, Abu Bakar memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri manakala Shahiruddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri dan Mohd. Soffi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri.

Seorang lagi Exco yang tidak dipilih pada penggal ini ialah Adun Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan berkenaan.

Lima muka lama pula adalah Adun Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Adun Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Samsuddin; Adun Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Adun Guai, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman; dan Adun Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain

Semua Exco berkenaan mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Turut berkenan hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandarian, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Empat EXCO lama yang digugurkan pula adalah Adun Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun; Adun Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin; Adun  Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Razak; dan Adun Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif.

Senarai barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang 2018

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad
Ahli Dewan Undangan Negeri Guai, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman
Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain
Ahli Dewan Undangan Negeri Lepar, Abdul Rahim Muda
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah
Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Ariff

CATEGORIES
TAGS