Malaysia Dateline

30 kerusi Parlimen PH dijangka ‘bermasalah’ dalam PRU-15

Sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 akan ‘bermasalah’ dalam PRU akan datang.

Dapatan Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Zulkifli Jalil itu melibatkan kesemua kerusi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Umno, Pas dan PH pada PRU 2018.

“Ia seandainya ‘tiada sebarang cacat cela’ dalam kesepakatan Pas-Umno serta Bersatu sebagai ‘pendatang baharu’ dalam saingan, asalkan hanya dua penjuru kelak,” katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Kesemua 30 kerusi Parlimen berkenaan melibatkan PKR 14 kerusi, Bersatu (8), AMANAH (6) dan DAP 2 kerusi.

Analisis mendapati jumlah undi Umno dan Pas pada PRU-14 bagi sesebuah kerusi Parlimen mengatasi undi diterima calon PH.

Sebagai contoh di Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang ketika PRU-14 dari Bersatu mendapat 18,695 undi.

Bekas Menteri Besar Kedah berkenaan menang dengan majoriti 6,547 undi.

Walau bagaimanapun, jumlah undi diperoleh calon Umno dan Pas ketika itu sebanyak 25,242 undi.

Senarai 30 kerusi Parlimen itu ialah seperti berikut dengan angka dalam kurungan merujuk campuran undi diperoleh Umno dan Pas pada PRU-14:

1. Jerlun (25,242 undi)

2. Kubang Pasu (30,350 undi)

3. Pokok Sena (41,791 undi)

4. Kuala Kedah (42,543 undi)

5. Merbok (40,448 undi)

6. Sungai Petani (46,723 undi)

7. Padang Serai (38,360 undi)

8. Kulim-Bandar Baharu (31,184 undi)

9. Sri Gading (22,721 undi)

10. Tanjung Piai (23,693 undi)

11. Parit Buntar (25,967 undi)

12. Tambun (48,289 undi)

13. Lumut (31,690 undi)

14. Tanjong Malim (29,625 undi)

15. Kangar (23,771 undi)

16. Tampin (26,031 undi)

17. Tangga Batu (36,722 undi)

18. Sabak Bernam (22,162 undi)

19. Sungai Besar (23,856 undi)

20. Hulu Selangor (44,012 undi)

21. Kuala Selangor (29,879 undi)

22. Kapar (57,837 undi)

23. Kuala Langat (44,858 undi)

24. Titiwangsa (26,546 undi)

25. Raub (25,366 undi)

26. Indera Mahkota (35,143 undi)

27. Kuantan (28,363 undi)

28. Temerloh (36,828 undi)

29. Bentong (39,390 undi)

30. Putatan (14,201 undi)