30 militan Taliban maut di Wilayah Ghazni, Afghanistan

30 militan Taliban maut di Wilayah Ghazni, Afghanistan

Kira-kira 30 anggota militan maut manakala beberapa orang lagi cedera dalam satu operasi pembersihan berterusan di kawasan Rasana dalam daerah Jaghori di wilayah Ghazni yang terletak di timur Afghanistan, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan tentera pada Isnin, operasi itu dilancarkan pada Ahad dan setakat ini, tentera kerajaan telah berjaya menawan semula beberapa buah kampung.

Militan Taliban telah menawan sejumlah kawasan yang luas dalam daerah Jaghori pada awal November.

— BERNAMA