Siri drama televisyen Diari Ramadhan Rafique pernah mencipta fenomena sekitar 2006 dan menjadi rancangan bulan puasa yang paling popular pada waktu itu.
Diari Ramadan Rafique memang dekat dengan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ia menceritakan tentang kanak-kanak yang menghadapi cabaran dan dugaan ketika berpuasa.
Acap kali juga runut bunyi (official sound track -OST) dimainkan di laman sosial mengembalikan nostalgia bulan puasa pada 18 tahun yang lalu.
Namun apa yang ramai tidak tahu ialah runut lagu itu sebenarnya dinyanyikan pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau Bella Astillah.
Kerjaya seni Bella Astillah bermula sejak kecil ketika beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album kanak-kanak.
Menerusi album itu, Bella dan Didi dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara.
Di platform X, warganet juga nampaknya terkejut mengetahui Bella adalah penyanyi asal lagu berkenaan
โBaru je cari dekat YouTube Bella nyanyi lagu OST Diari Ramadhan Rafique. Tak jangka dia sebab suka lagu tu, lirik dia sampai sekarang boleh hafal,โ kata Zaty.
โThat was her? No wonder her voice sounded familiar. Dah lama tak tengok pun saya masih ingat lagu dia,โ kata aqilah.
โMasa kecil-kecil selalu pasang CD lagu kanak-kanak, burung kakak tua apa semua. Tu semua Bella yang nyanyi,โ ujar pula afiqah.
Baca juga: โPenyakit meroyan datang lepas lahir anak sulung, mentua cakap aku banyak dosaโ