30,200 jemaah haji nikmati laluan pantas

Seramai 30,200 jemaah haji bakal menikmati kemudahan laluan pantas (fast track) di kaunter pemeriksaan Imigresen Arab Saudi bermula Sabtu ini.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah haji yang tiba di Jeddah atau Madinah akan melalui laluan terbabit dan terus keluar menaiki bas ke hotel penginapan tanpa perlu mengambil bagasi.

Jelasnya, tempoh jemaah menunggu di terminal ketibaan dapat dipendekkan daripada empat sehingga lima jam kepada dua jam.

“Bagasi jemaah akan diuruskan wakil Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan dihantar ke bilik penginapan di bawah pengawasan petugas dan Muasassah Asia Tenggara.

“Proses pemeriksaan di balai ketibaan akan lebih mudah kerana Program Pra-Pelepasan Haji sudah dilakukan di lapan lapangan terbang (stesen berlepas) di negara ini,” katanya dipetik dari Berita Harian.

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0