Malaysia Dateline

3,074 kes positif baru, 99 peratus dari kategori 1, 2

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,074 kes positif Covid-19 baharu menjadikan keseluruhan kes dalam negara sebanyak 2,805,337.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baru yang dilaporkan hari ini, 2,755 kes merupakan penularan tempatan manakala 319 kes adalah kes import.

KKM juga melaporkan 2,828 kes sembuh hari ini menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,732,771 atau 97.4 peratus.

193 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 3,074 kes harian yang dilaporkan hari ini, 30 kes (1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 3,044 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2