Malaysia Dateline

3,095 penjawat awam Pulau Pinang akan terima bantuan khas sambutan Aidilfitri

Seramai 3,095 penjawat awam negeri Pulau Pinang akan menerima Bantuan Khas Kewangan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5.27 juta yang akan diserahkan kepada penjawat awam pada 28 Mei depan.

“Pemberian setengah bulan gaji atau minima RM1000 membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap komitmen yang mereka berikan.

“Selain itu ia juga bagi menghargai komitmen dan kerjasama mereka bagi menjayakan segala inisiatif bagi menjayakan Pulau Pinang,

“Semua kejayaan yang ada merupakan hasil dokongan kuat semua penjawat awam, ” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak berdaya untuk melaksanakan segala polisi seandainya tiada komitmen dan kesungguhan dari penjawat awam.

Malah tambahnya dengan kewujudan tersebutlah maka segala perancangan dapat dilaksanakan.

Beliau berkata demikian semasa majlis himpunan bersama dengan anggota perkhidmatan awam di Georgetown hari ini.