Malaysia Dateline

31 kes positif Covid-19 melibatkan kluster petugas kesihatan Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, terdapat 31 kes positif Covid-19 melibatkan kluster petugas kesihatan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 31 kes tersebut merangkumi dua kes baharu yang dilaporkan hari ini.

”Kesemua kes masih dalam rawatan setakat ini. Kluster ini terdiri daripada 23 petugas kesihatan dan lapan ahli keluarga serta orang awam.

“Kluster petugas kesihatan di Sabah merupakan satu kluster yang melibatkan tiga buah hospital KKM di Sabah iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Hospital Keningau,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memperincikan bagaimana kluster berkenaan mula dikesan positif wabak tersebut.

Katanya, kluster terbabit mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 adalah positif pada 2 April 2020 bagi salah seorang kakitangan hospital yang melapor diri di Hospital Queen Elizabeth 2.

“Beliau didapati tidak sihat dan mempunyai gejala batuk dan selesema pada hari tersebut.

“Siasatan dan saringan bagi kontak kakitangan tersebut telah dijalankan. Jangkitan wabak itu telah didapati positif bagi beberapa rakan setugas serta ahli keluarga.

“Kesemua 31 kes masih berada di dalam wad dan adalah berada dalam keadaan stab