Malaysia Dateline

31,119 kes baharu, 55 kematian akibat Covid-19

Jumlah kes harian Covid-19 tertinggi direkodkan semalam sejak wabak itu dikesan pada 25 Januari 2020 dengan 31,199 kes jangkitan.

Angka terbaharu ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sekarang mencecah 3,305,157 kes.

Menerusi CovidNow juga dimaklumkan terdapat 55 kematian baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 32,488.

Daripada 55 kes maut Covid-19 itu, 23 kes merupakan kes kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 6,629.

Dalam masa sama, 20,399 kes sembuh dikenalpasti setakat jam 11.59 malam tadi menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh sebanyak 2,994,840 orang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan pertambahan kes aktif sebanyak 10,800 menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif mencecah 277,829 kes.

Sebanyak 95.5 peratus kes aktif menjalani kuarantin di rumah manakala 4,460 pesakit mewakili 1.6 peratus dan 7,725 orang (2.8 peratus) masing-masing berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) dan hospital.

Sementara itu, seramai 305 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 191 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Covid-19 kes baharu kes harian tertinggi kes kematian ICU Kementerian Kesihatan KKM
23 daripada 55 kes kematian Covid-19 semalam merupakan kes BID.