Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
32 kes koronavirus disyaki di Sarawak

32 kes koronavirus disyaki di Sarawak

MAHDAR BUJANGFebruary 4, 2020 4:14 pm




Sebanyak 32 kes disyaki koronavirus direkodkan di Sarawak dari 10 Januari sehingga setakat 3 Februari 2020 yang mana 24 kes adalah adalah negatif dan lapan kes masih menunggu keputusan makmal.
Sementara 16 pelancong asing yang melawat China dalam tempoh 14 hari sebelum ke Sarawak telah dilarang masuk ke negeri ini.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Kerajaan Negeri tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan virus tersebut di negeri ini.
Beliau menegaskan, kesemua 32 kes yang disyaki melibatkan 16 kes di Kuching, lapan kes di Sibu, tiga di Bintulu dan lima di Miri yang melibatkan 24 kes warganegara Malaysia, tujuh warganegara China dan satu warganegara Thailand.
“Untuk lapan kes yang masih menunggu keputusan makmal adalah dari warganegara Malaysia dan ini bermakna tiada positif kes di Sarawak dan kita berharap ia akan kekal,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di Kuching hari ini.
Uggah yang juga merupakan yang juga Pengerusi JPBN berkata, Kolej Kesihatan Awam Kuching akan dijadikan sebagai penempatan kuarantin disyaki koronavirus sekiranya diperlukan.
“Pesakit yang dilaporkan sakit biasa hanya akan dikuarantinkan di hospital.
“Di samping itu, kita juga akan membeli dua pengimbas haba baharu yang akan di tempatkan di lapangan terbang Sibu dan Bintulu.” tambah beliau.
Jelasnya, Sarawak kini telah mempunyai dua pengimbas haba iaitu masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Miri.
“Kita juga telah membeli pengukur suhu bagi semua Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) untuk memantau suhu mereka yang keluar masuk sempadan.” katanya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production