Malaysia Dateline

33 kes korban Covid-19 semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 33 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Empat daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu mencecah 30,989 kes.

Laman sesawang GitHub KKM melaporkan, daripada jumlah 30,989 kes itu, 6,270 mangsa adalah kes BID.

Sebanyak tujuh kematian dilaporkan di Terengganu diikuti Kelantan dan Selangor (masing-masing lima), Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing empat), Johor dan Kedah (masing-masing tiga) serta Pahang (dua).

Sementara itu, tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.