Malaysia Dateline

3,337 kes baharu tertinggi, 15 lagi maut, Selangor terus ‘juara’ Covid-19

Kes baharu positif Covid-19 tertinggi direkodkan hari ini mencecah 3,337 kes dengan 32,377 kes aktif di seluruh negara.

Selangor terus menjadi ‘juara’ negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,036 diikuti Johor (460), Sabah (389), Kuala Lumpur (257) dan Pulau Pinang (234).

Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 195 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam masa sama, terdapat 1,710 kes sembuh di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 113,288 kes atau 76.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, 15 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 578 kes atau 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LANJUT MENYUSUL