Malaysia Dateline

3,391 kes baru, 19 lagi meninggal dunia

Kes baru positif COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 3,391 kes menjadikan kumulatif kes dalam negara kini mencecah 234,874 kes.

Daripada kes baru sebanyak 3,387 kes membabitkan penularan dalam negara manakala hanya empat kes sahaja membabitkan kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan seramai 19 orang disahkan maut menjadikan kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak 845 kes.

Sementara itu, seramai 310 pesakit COVID-19 ditempatkan dalam ICU manakala seramai 134 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,392 kes telah sembuh pada hari ini menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 185,278 kes.