Malaysia Dateline

346 lagi meninggal direkodkan semalam, kes BID terus tinggi

346 lagi kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal akibat Covid-19 di negara ini kini 22, 355 orang.

Menurut laman Covidnow yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dari angka itu, 4, 263 orang adalah kes BID di mana semalam sahaja jumlah BID yang dicatatkan adalah 105.

Kadar kematian paling tinggi di Malaysia adalah Pulau Pinang iaitu 18.0 orang bagi setiap 100,000 rakyatnya.

Ia dikuti oleh Johor (11.6), Sabah (9.2), Kedah (8.2), Perlis (7.8), Melaka (6.1), Perak (6.0).

Yang menariknya, Selangor yang mempunyai paling ramai mereka yang dijangkiti Covid-19 dan sentiasa paling tinggi kes harian baharu mempunyai kadar kematian hanya 3.4 bagi setiap 100,000 rakyatnya.

Paling rendah kadar kematian adalah Labuan dan Putrajaya yang sehingga kini mencatatkan sebarang kematian di wilayah mereka.

Selangor juga mempunyai kes positif Covid-19 agar rendah berbanding dengan 1,000 populasi penduduknya iaitu 6.1 sahaja berbanding dengan Sarawak yang mempunyai kes per 1,000 paling tinggi iaitu 17.3 dikuti oleh Pulau Pinang (14.0), Kelantan (9.7), Kedah (9.0) dan Terengganu (8.6).

Labuan kekal mencatatkan kes postif per 1000 paling rendah iaitu 0.8 diikuti Negeri Sembilan (2.7) dan Putrajaya (3.0).