Malaysia Dateline

3,499 kes baru, 263 pesakit dalam ICU

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,515 kes (209,289 kes kumulatif, 79.9%);
• Kes baharu : 3,499 kes (261,805 kes kumulatif);
• Kes import : 1 kes (1 warganegara);
• Kes tempatan : 3,498 kes [1,871 warganegara (53.5%); 1,627 bukan warganegara (46.5%)];
• Kes aktif : 51,558 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) 263 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 118 kes; dan
• Kes kematian : 5 kes (958 kes kumulatif, 0.37%

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,052 kes (78.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 511 kes (14.6 peratus).

Terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan (9) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.