Malaysia Dateline

3,504 kes positif Covid-19 hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 3,504 kes positif Covid-19 baharu setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes yang direkodkan dalam negara sebanyak 2,695,143 kes.