Malaysia Dateline

3,545 kes baru, giliran Negeri Sembilan pula catat kes baru tertinggi

Status COVID-19 pada hari ini dilaporkan sebanyak 3,545 kes baharu harian menjadikan kumulatif kes baharu negara adalah 291,774.

Kes baru ini melibatkan 3,544 penularan tempatan, 1 kes adalah import.

Seramai 12 orang telah disahkan maut menjadikan kumulatif kes kematian stakat ini adalah 1,088 kes.

189 pesakit masih dirawat di ICU di mana seramai 88 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.M

Manakala bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,331 pesakit menjadikan keseluruhannya seramai 260,009 kes.

Kebiasaanya negeri Selangor mengambil tempat teratas bagi jumlah tertinggi kes baharu, pada hari ini Negeri Sembilan telah mengambil giliran apabila berlaku lonjakan jumlah kes baharu iaitu sebanyak 1,392 kes berbanding Selangor 581 kes.