Malaysia Dateline

“35mm cuma diarah oleh penjual air balang”- Filem kedua dibandingkan dengan Mat Kilau, ini jawapan Syahmi

Filem 35mm kedua arahan Syahmi Sazli sebelum ini berjaya memecah rekod dengan mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan untuk tahun 2022, sebanyak RM300,000.

Bagaimanapun di sebalik banyak sokongan yang diberikan kepada pengarah muda tersebut, ada juga yang mengkritik dan membandingkan filem arahannya dengan filem hebat arahan Syamsul Yusof yang baru ditayangkan semalam.

Filem terbaru Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini dilaporkan “full house” hampir di semua pawagam.

Syahmi dalam respon ringkas di Facebook berkata, dua filem berkenaan sememangnya berbeza kerana kos yang terlibat bagi filem arahannya dan Syamsul juga tidak sama kerana Mat Kilau menelan kos lebih tinggi.

“Baca komen haihhh macam-macam. Tak suka loghat Kelantan lah, duk banding dengan Mat Kilau lah apa lah.

“Mat Kilau tu kos RM8 juta. 35mm pulak diarahkan oleh Mi penjual air balang.

“Baru filem kedua dan dibintangi oleh dua pelakon istimewa yang mempunyai kesukaran untuk berlakon normal dan sebagainya,” katanya.

Yoe dan Asif dipopularkan Syahmi menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu.

35mm arahan bersama Syahmi dan SeniBayan, diterbitkan Nine Flix Production. Filem genre pengembaraan, fantasi dan komedi itu ditayangkan di Astro First bermula 21 Jun lalu.

Baca juga: Gigih naik tingkat 7 hantar makanan, netizen terhibur abang Grab pasrah diminta buangkan sampah

Baca juga: Macam babak dalam the final destination, lelaki tahan sakit setengah jam apabila kaki tersepit di pintu lif