Malaysia Dateline

3,680 kes baru dan 7 lagi maut akibat COVID-19

Sebanyak 3,680 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekaligus menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat hari ini sebanyak 194,114.

Daripada jumlah kes baru itu sebanyak 3,647 kes membabitkan kes tempatan manakala selebihnya itu enam kes membabitkan kes import.

Seramai tujuh orang direkodkan telah meninggal dunia menjadikan kumulatif kes kematian sebanyak 707 orang.

Sejumlah 314 pesakit kini dirawat di ICU, manakala seramai 122 pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan.

KKM turut memaklumkan jumlah kes sembuh pada hari ini sebanyak 1,858 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh diseluruh negara adalah 151,018 kes.