Malaysia Dateline

373 bakal terima bantuan awal persekolahan di Parlimen Santubong

Seramai 373 murid-murid di sekitar Parlimen Santubong bakal menerima bantuan awal persekolahan bagi Program ‘Jom Ke Sekolah 2020 yang disampaikan pada 1 Disember ini.

Menurut Penyelaras Program Muhamad Hafiz Razi,Sekolah Kebangsaan(SK)Pajar Sejingkat dalam kawasan Parlimen Santubong telah dipilih sebagai tempat pelancaran program berkenaan.

Katanya, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi tanggungjawab untuk menganjurkan majlis itu nanti.

“Seramai 373 murid-murid yang ibu bapa mereka kurang kemapuan di sekitar Parlimen Santubong akan menerima pakaian dan kelengkapan sekolah pada hari tersebut.

“Semoga dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan menjelang musim persekolahan pada tahun hadapan,’ ujar beliau ketika ditemui di Kuching hari ini.

Jelas beliau, pada tahun lalu Yayasan Taqwa telah mengadakan program yang sama di Kampung Pusa, Kabong dan Saratok.

Tambahnya, untuk program ketiga-tiga kawasan terbabit, pihaknya turut menyampaikan bantuan sebanyak 400 pakaian dan kelengkapan sekolah kepada murid-murid terpilih.

“Alhamdulilah..tahun ini adalah kali kedua program ini diadakan’di Sarawak dan tambah menarik Program ‘Jom Ke Sekolah 2020’ turut dilangsungkan di kawasan Parlimen Santubong 1 Disember ini, ” katanya.

Kata Muhamad Hafiz, selain Parlimen Santubong, program tersebut turut diadakan di Parlimen Tanjung Manis dan Parlimen Batang Sadong pada tahun ini.

Beliau memberitahu, sebanyak 800 pakaian dan kelengkapan sekolah akan disampaikan pada program di kedua-dua kawasan Parlimen Tanjung Manis dan Batang Sadong kelak.