Tunku Ismail borong barang keperluan harian untuk rakyat

Tunku Ismail borong barang keperluan harian untuk rakyat

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membelanja orang ramai RM3,000 sekepala melibatkan jumlah RM1juta di AEON Mall Tebrau City malam tadi.

TMJ bersama isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam malam tadi membuat kejutan dengan tampil dengan pembesar suara mengumumkan orang ramai boleh mengambil apa saja dalam pasar raya itu.

Pewaris takhta Johor itu berbuat demikian sekitar jam 6.30 petang sehingga 8 malam.

Facebook Johor Southern Tigers, yang sering digunakannya sebagai platform bersuara, memetik Tunku Ismail berkata beliau bukan ahli politik, tidak memerlukan undi dan ikhlas menyayangi rakyat.

Tengku Ismail dan isteri  Chee Puan Khaleeda sempat berswafoto bersama salah seorang pengunjung malam tadi.

Pada 7 April Tunku Ismail mendakwa Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan negara, tetapi bekas perdana aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

Tanpa menamakan Dr Mahathir, Tunku Ismail berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.

Dalam kenyataan panjangnya di halaman Facebook Johor Southern Tigers beliau berkata, tanpa mengira parti yang memerintah atau pembangkang, rakyat perlu bijak menilai apa yang terbaik untuk negeri ini dan negara.

Dalam situasi politik, katanya, rakyat hanya mendengar mengenai apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial.

Bagaimanapun tulisan Tunku Ismail itu mendapatkan kritikan netizen yang mendakwa Tunku Ismail tidak memahami kesusahan rakyat dalam menangani kos sara hidup.