3,785 indiividu di Selangor ditahan dalam Ops Judi Haram

3,785 indiividu di Selangor ditahan dalam Ops Judi Haram

Polis Selangor menahan sebanyak 3,785 individu dalam Ops Perjudian Haram di negeri itu bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, tangkapan berkenaan adalah hasil 3,132 serbuan terhadap premis judi dalam talian dalam usaha membanteras sindiket perjudian.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil judi berjumlah RM288,380. Daripada 3,132 serbuan itu, sebanyak 2,313 kes telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, polis akan terus memantau Pusat Hiburan Keluarga berlesen di bawah Enakmen Hiburan Selangor 1995 seterusnya mengambil tindakan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sekiranya pemilik dikesan menjalankan kegiatan perjudian.

Katanya tindakan itu seiring dengan arahan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor
“Polis tidak akan berkompromi dengan pusat hiburan keluarga sekiranya didapati menjalankan aktiviti perjudian walaupun mempunyai lesen sah, katanya.

Fadzil berkata, sehingga 26 Sept lalu, sebanyak 137 lesen Pusat Hiburan Keluarga telah diluluskan di Selangor.

Katanya, orang awam boleh membantu olis dengan menyalurkan maklumat berkaitan pusat judi ke Bilik Gerakan Cawangan Perjudian dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di talian 03-55145168.

CATEGORIES