3,871 akaun facebook sebar fahaman militan dipantau

3,871 akaun facebook sebar fahaman militan dipantau

Sejumlah 3,871 akaun facebook rakyat negara ini dipercayai aktif dalam penyebaran fahaman militan dan merekrut anggota baharu yang sedang dalam pemantauan kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat, berkata 240 individu ditahan berdasarkan hasil risikan, manakala 800 akaun Facebook disekat bagi mengekang penularan fahaman militan di negara ini.

“Berdasarkan penggunaan Twitter untuk merekrut anggota baharu militan, kita memantau 76 individu, lapan ditangkap dan menyekat sembilan akaun.

“Penggunaan Instagram pula, 72 individu dipantau, manakala yang ditangkap hanya seorang,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) di Dewan Rakyat, hari ini.

Shabudin menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengguna siber yang terdedah dengan risiko penyebaran fahaman militan.

Menjelaskan lanjut Masir berkata, mengenai keberkesanan program deradikalisasi, yang dilaksanakan terhadap 19 tahanan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

“Program bagi membolehkan mereka kembali untuk hidup semula dalam kalangan masyarakat ini membabitkan 18 rakyat tempatan dan seorang warga asing.

“Daripada jumlah itu, sembilan tahanan program ketika ini berada pada fasa keempat, iaitu tahap terakhir sebelum dibebaskan.

“Diperingkat antarabangsa membendung deradikalisasi memastikan sentiasa berkesan dan modulnya sentiasa dikaji dan ditambah baik.

“Di peringkat antarabangsa kementerian secara khususnya adakan program mebendung dan meningkatkans kesedaran menangani deradikalisasi pada 2016 di Kuala Lumpur dan pada Januari lalu ada satu lagi program diadakan.

“Kedua persidangan ini mengumpul peserta dalam dan luar negara yang dibincankan secara lansung mengenai menangani keganasan sempadanan.

“Pelbagai usaha, termasuk persidangan serantau mengenai mekanisme program deradikalisasi dilaksanakan dalam meningkatkan keberkesanan modul deradikalisasi bekas anggota militan,” katanya.

 

CATEGORIES
TAGS