Malaysia Dateline

39 Ahli Parlimen ‘katak’ perlu ambil tanggungjawab

Parlimen hari ini mengadakan sidang khas untuk meminda rang undang-undang untuk pinda Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 bagi membolehkan akta lompat parti digubal.

Seramai 59 ahli Parlimen mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang berkenaan.
Apa yang berlaku hari ini adalah satu sejarah di mana berlaku persefahaman antara ahli parlimen kerajaan dengan pembangkang bagi melaksanakan tujuan bersama demi kepentingan rakyat.

Yang paling signifikan dengan sidang khas hari ini ialah membawa persetujuan untuk menggubal akta lompat parti.

Manakalah cetusan ini berlaku apabila 39 ahli Parlimen seperti katak (ahli parlimen) telah melompat parti ekoran peristiwa kudeta di Sheraton 2020.

Semasa perbahasan itu kesemua 39 ekor katak itu berada dalam Parlimen. Disebabkan sejarah hari ini berlaku disebabkan mereka, sewajarnya 39 katak itu mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku.

Tanggungjawab terbaiknya apabila rang undang-undang ini dilulus dan akta anti lompat sudah digubal dan disahkan oleh Parlimen mereka hendaklah mengambil tanggungjawab meletak jawatan.

Sekiranya mereka enggan berbuat begitu mungkin Parlimen boleh mengusulkan mengutuk kewujudan mereka. Atau rakyat kena mengingati pelaksanaan akta lompat parti adalah disebabkan mereka.

Daripada 39 orang itu, mereka adalah Ahli Parlimen Larut (Hamzah Zainuddin), Jeli (Mustafa Mohamed), Gombak (Azmin Ali), Bandar Tun Razak (Jaafar Kamatuddin) Ampang (Zuraida Kamaruddin) dan lain-lain.