Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
39 rakyat Malaysia ditahan di Syria mahu pulang, kata  Polis

39 rakyat Malaysia ditahan di Syria mahu pulang, kata Polis

Oleh BERNAMAMay 19, 2019 10:08 am




Tiga puluh sembilan daripada 65 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan telah berhubung dengan pihak polis bagi menyatakan hasrat untuk pulang semula ke negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata jumlah itu melibatkan 10 lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa, 12 kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

“Setakat ini, mereka telah berhubung dengan pihak kami dan menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, ia melibatkan banyak pihak dan kita perlu mengumpulkan mereka di satu tempat.

“Pihak kami percaya ini hanya sebahagian jumlah yang meminta untuk pulang namun jumlah tersebut diyakini akan meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Ramadan anjuran Bahagian E8 Cawangan Khas Bukit Aman, malam tadi.

Ayob Khan berkata urusan membawa pulang mereka itu melibatkan dasar, dan keputusan mengenai perkara tersebut akan dibuat kerajaan.

“Mereka ini berada di tiga lokasi berbeza di Syria, termasuk di Al-Hasakah serta Idlib, dan sebahagian mereka yang ingin pulang adalah disebabkan kerana kematian suami dan sebagainya.

“Tahanan tersebut ada menghubungi pihak kami secara terus dan menerusi orang perantaraan bagi mewakili mereka di sana pada awal bulan puasa ini,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membawa pulang seorang wanita Malaysia bersama dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan yang terkandas di Syria, selepas suaminya yang juga anggota kumpulan Daesh terbunuh dalam pertempuran.

Pada majlis itu, 122 bekas tahanan militan, antaranya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) diraikan dalam usaha mengeratkan hubungan antara pasukan keselamatan itu dengan kumpulan berkenaan.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production