BN Sekijang perlu jadi anak jantan, kata calon Kemelah

BN Sekijang perlu jadi anak jantan, kata calon Kemelah

 P141 Sekijang merupakan kawasan yang menjadi tumpuan selepas sumber yang diperolehi menyatakan kawasan ini akan mempamerkan suatu perlawanan yang sengit dalam Pilihanraya Umum ke14 (PRU14) kali ini.

Kawasan yang bermajoriti 3,007 undi pada PRU13 yang lalu kini dilihat sebagai suatu ancaman kepada parti penyandang dari Barisan Nasional (BN).

Menurut calon Pakatan Harapan (PH) N4 Kemelah, Dr Sulaiman Mad Nor berkata berlaku ugutan terhadap pengundi oleh pihak-pihak tertentu.

Dr. Sulaiman Mad Nor ketika bertemu dengan masyarakat di sekitar Segamat Baru.

“Kita harus berlawan secara demokrasi yang harmoni bukan dengan taktik kotor untuk mengikat pengundi.

“Saya berharap, calon dari BN (Anuar Abd Manap) perlu berlawan secara anak jantan dan janganlah hanya menakutkan-nakutkan pengundi,” tegas beliau.

Anuar Abd Manap

Dalam pada itu, Dun Kemelah memperlihatkan perlawanan dua penjuru di antara PH dan BN sahaja.

Calon yang dikemukan oleh BN adalah mantan ahli parlimen Sekijang yang kali ini bertanding di Dun menggantikan mantan exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Ayub Rahmat yang berpindah ke Parlimen.

Tambah Dr. Sulaiman lagi, tindakan menukar strategi ahli parlimen dan Adun di kawasan ini adalah sebagai mengaburi mata pengundi.

“Ini tindakan menutup kelemahan mereka yang sebelum ini tidak melakukan khidmat yang baik terhadap pengundi di sini.

“Anuar seolah-olah turun pangkat kerana prestasi beliau di peringkat parlimen secara asasnya gagal membangunkan kawasan Sekijang ini,” Dr. Sulaiman.

Sebelum ini dalam PRU13, Dun Kemelah telah dimenangi oleh Datuk Ayub Rahmat dengan majoriti 2,260 undi menewaskan pencabarnya dari PKR, Natrah Ismail.

7.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 5.5
CATEGORIES
TAGS