Malaysia Dateline

3,973 kes baharu Covid-19, kematian meningkat kepada 22

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,973 kes baharu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 448,457 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes positif berkenaan, 3,968 adalah kes tempatan, manakala lima lagi merupakan kes import.

Beliau berkata, kes sembuh baharu mencatatkan sebanyak 2,848 kes menjadikan kumulatif kes sembuh dan dibenarkan discaj sebanyak 408,236 kes.

Sementara itu, negara juga melaporkan peningkatan kematian akibat Covid-19 sebanyak 22 kes berbanding semalam sebanyak 17 kes.

Ini menjadikan keseluruhan kes kematian adalah 1,722 kes.

Kes yang memerlukan rawatan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 453 kes dengan 224 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.