Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
4 Adun Bersatu Selangor sokong PH mahu berunding

4 Adun Bersatu Selangor sokong PH mahu berunding

MALAYSIADATELINEMarch 6, 2020 11:57 am




 Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memilih untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) Selangor dianggap tidak memahami keadaan sebenar apa yang berlaku dalam semasa krisis politik baru-baru ini.

Naib Presiden Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari percaya bukan sahaja empat Adun itu bahkan sebahagian besar ahli parti juga tidak mendapat gambaran yang jelas terhadap apa yang telah berlaku melibatkan PH seterusnya mengakibatkan mereka meninggalkan gabungan itu.

Justeru itu,  beliau terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan kesemua empat Adun itu untuk memberi penjelasan sebelum kesemua mereka membuat keputusan sama ada kekal dengan keputusan atau meninggalkan Bersatu.

“Saya percaya sebahagian besar ahli termasuk empat Adun itu tidak faham keadaan dan saya bersedia berjumpa sekiranya selepas penerangan mereka terus dengan hasrat membantu PH atau keluar parti, itu terpulang mereka kerana itu hak mereka,” katanya ketika sidang media tergempar di pejabatnya seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.

Selepas Bersatu keluar daripada PH pada minggu lalu Selangor antara negeri yang terkesan daripadanya kerana Bersatu yang sebelum ini merupakan sebahagian kerajaan negeri dan kini menjadi pembangkang.

 Namun empat ADUN Bersatu iaitu Sallehudin Amiruddin (Kuang); Harumaini Omar (Batang Kali); Mohd Shaid Rosli (Jeram) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil) menyatakan sokongan terhadap PH.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam mengumumkan akan melucutkan semua jawatan politik di semua peringkat termasuk anak kerajaan negeri itu yang disandang ahli Bersatu.

Pelucutan ujarnya akan dibuat secara berperingkat.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production