Malaysia Dateline

4 maut helikopter tentera terhempas di Istanbul

Sekurang-kurangnya empat askar terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan kediaman di Istanbul pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Berdasarkan rakaman video disiarkan NTV, helikopter malang itu terhempas di kawasan kediaman di daerah Sancaktepe di bahagian Asia bandar berkenaan.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata dalam satu kenyataan bertulis, “sebuah helikopter tentera terhempas semasa menjalani sesi latihan, punca kejadian belum diketahui.”

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

NTV mendakwa helikopter itu terhempas selepas melanggar bumbung sebuah bangunan semasa cuba membuat pendaratan cemas akibat kerosakan teknikal.

— BERNAMA