4 selebriti Malaysia pernah dinobat 100 wajah paling kacak dan cantik di dunia, salah satunya artis berhijab ini

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sangka beberapa selebriti Malaysia pernah tersenarai dalam 100 wajah paling kacak dan cantik di dunia.

Penyenaraian ini bukanlah dibuat secara ‘semberono’, tetapi kedudukan 100 selebriti itu diputuskan berdasarkan undian pilihan ramai.

Artikel kali ini kami akan senaraikan 5 selebriti Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 individu paling kacak dan cantik! Pelakon baru naik, Anna Jobling pun tersenarai tau!

1 Dr Soo Wincci 

Soo Winci bukan calang-calang artis kerana Miss World Malaysia yang pertama itu telah dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.

Disebabkan tu, dia berjaya mendapat tempat dalam 100 wanita paling cantik di dunia yang dianjurkan oleh Independent Critics pada tahun 2013. 

Lebih tepat lagi, dia memperoleh tempat ke-91 mengalahkan beberapa artis Hollywood lain seperti Rosie Huntington-Whiteley dan Amanda Seyfried.

2. Mira Filzah

Pesona lemah lembut yang dimiliki Mira Filzah mampu menawan setiap mata memandang. Merupakan seorang pelakon dan pengacara, Mira pernah membintangi beberapa drama trending tempatan seperti Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams.

Selain tu, dia juga memenangi banyak anugerah seperti Bintang Paling Popular dan Artis Baharu MeleTOP sejak memulakan kariernya seawal usia 17 tahun lagi.

Mira juga tercalon dalam senarai 100 wajah paling cantik untuk kategori wanita pada tahun 2020. Apa yang membanggakan, dia merupakan antara wanita berhijab di dunia yang pernah tersenarai dalam pengiktirafan tersebut.

3. Fattah Amin

Pelakon dan model Malaysia ni memang layak digelar lelaki paling kacak di dunia. Dahlah tinggi, berbadan sasa dan hebat berlakon membuatkannya digilai ramai wanita. Namun, hanya Fazura yang juga pernah tercalon dalam list tu berjaya menambat hati jejaka ni.

Fattah yang pernah membintangi filem dan drama popular seperti Mat Kilau dan Suri Hari Mr. Pilot juga merupakan juara Hero Remaja edisi 2011/2012.

Sejak itu, dia berjaya meraih populariti sehinggakan namanya tersenarai dalam 100 Jejaka Paling Kacak tahun 2020 anjuran TC Candler. Yang hebatnya, dia juga bertanding dengan beberapa selebriti yang tak kalah hensemnya seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans.

4. Anna Jobling

Anna Jobling yang pernah digandingkan dengan Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus, pernah mengungguli senarai 100 Wanita Paling Cantik 2022.

Pelakon kacukan Malaysia-Inggeris itu pernah menyertai program Dewi Remaja edisi 2018/2019 dan memperoleh tempat keempat dalam pertandingan tersebut. 

Dari situ, dia menceburi bidang lakonan yang sedikit sebanyak menaikkan namanya seperti Keluarga Baha Don dan Mr. Millennium.

Kalau anda nak tahu, Anna mendapat tempat ke-84 dalam senarai wanita tercantik di mana ketika itu Lisa dari kumpulan k-pop, BLACKPINK memenangi tempat pertama.

Baca juga: Simpati dengan nasib artis K-Pop, pesara 74 tahun rugi RM225,000 ditipu ‘Lee Min-ho’