40 minit kanak-kanak tersidai dalam kereta panas, orang ramai pecahkan tingkap sebab muka dah pucat

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu bapa seharusnya lebih bertanggunjawab ketika membawa anak keluar dan tidak meninggalkan mereka dalam kereta ketika melakukan urusan.

Sedangkan orang dewasa juga terkesan dengan cuaca kian panas apatah lagi kanak-kanak yang dibiarkan sendirian dalam kereta tanpa aircond.

Seorang pengguna X (Twitter), @arifjat berkongsi video seorang kanak-kanak dipercayai ditinggalkan ibu bapa dalam kenderaan yang tingkap dibuka sedikit sahaja.

“Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta, berpeluh sampai pucat. Enjin mati kemudian tingkap depan sahaja terbuka sedikit.

“Gila apalah tinggal anak dalam kereta macam ini, waktu tengah panas,” ujarnya dalam hantaran di X.

Orang ramai akhirnya membuat keputusan untuk memecahkan tingkap selepas 40 minit menunggu ibu bapa yang tak kunjung tiba.

“Dekat 40 min aku dekat situ tak ada pun ibu bapa dia datang. Jadi aku mintak tolong orang ramai.

“Maklumat terkini, budak tu selamat. Kami pecakan cermin dan bawa budak ke klinik terdekat,” tambahnya.

Rata-rata warganet simpati akan nasib kanak-kanak tersebut namun tidak menolak bahawa ibu bapa mereka mungkin terlupa.

“Bila kes macam ini terjadi, serius nak tengok reaksi ibu bapa yang biar anak dalam kereta. Ada kes dia tak perasan anak kat belakang atau lupa hari tu dia bawa anak bersama.

“Banyak kes tertinggal anak sebab rutin tiba-tiba berubah. Contoh, selalunya terus pergi pejabat bila kena hantar anak jadi terlupa. Turun tingkap sikit itu saya yang tak ada anak pun buat.

“Sudahlah panas bahang dengan baju tidurnya lagi mak aih betul punya bebal mak bapa budak ni,” antara komen warganet.

Baca juga: “Aku nak kahwin lain supaya kurangkan beban isteri untuk ‘layan’ aku, dah 10 tahun dia sakit…”