Malaysia Dateline

40 tahun tinggal di tengah-tengah ’roundabout’, keluarga tidak mahu pindah sebab rumah banyak kenangan

Kenangan mengatasi segala-galanya!

Itu yang sesuai digambarkan kepada sebuah keluarga di Wales, yang terus tinggal di rumah yang terletak di tengah-tengah bulatan jalan raya selama lebih empat dekad!

Menurut laporan Oddity Central, pasangan suami isteri iaitu David John dan Eirian Howatson berpindah ke banglo mereka di Denbighshire pada 1960 dan mulanya hartanah itu hanyalah kawasan kejiranan biasa sehingga pihak berkuasa memaklumkan kediaman mereka betul-betul berada di dalam bulatan baharu yang bakal dibina.

Mereka dilaporkan enggan berpindah walaupun pihak berkuasa membina laluan persimpangan untuk ribuan kenderaan mengelilingi kediaman mereka.

“Saya tinggal di bulatan ini selama lebih 40 tahun, malah ibu bapa kami sudah berada di kediaman ini selama 20 tahun sebelum itu lagi, jadi rumah ini menjadi sebahagian besar kehidupan kami.

“Saya boleh katakan pengalamannya sama seperti tinggal di mana-mana jalan, tetapi tidaklah teruk kerana kami mempunyai cermin berganda, jadi, bukan sesuatu yang mengganggu dan jalan raya hanya menjadi sangat sibuk pada waktu puncak untuk beberapa ketika sahaja,” kata Howatson.

Melihat kepada kedudukan rumah mereka yang beradad di tengah-tengah bulatan, pastinya ada cabaran kepada keluarga Howatsons ini.

Howatsons berkata, cabaran terbesar dihadapinya adalah ketika menerima barangan yang dipesan kerana berkongsi poskod yang sama dengan rumah di sekeliling mereka.

“Ia menyebabkan pemandu penghantaran mengambil sedikit masa untuk mengesan alamat itu berada di tengah-tengah bulatan.

“Biasanya apabila kami memberi meninggalkan pesanan, saya perlu menjelaskan kami bukan berada berhampiran, tetapi di tengah bulatan,” jelas Howatsons lagi.

Baca Juga: Setahun Syamsul Yusof sekat nombor di WhatsApp, Puteri Sarah persoal bila nak bincang