Malaysia Dateline

400 ‘face shield’ diedar di hospital Kluang

Hospital Kluang, Johor kini telah disenaraikan sebagai hospital zon merah atau ‘red zone’ dan pastinya perkara itu memerlukan sumbangan dari segi kelengkapan keselamatan untuk Covid 19.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Aminolhuda Hassan yang telah bertindak untuk memberikan kelengkapan seperti ‘face shield’ kepada hospital berkenaan.

Beliau turut menyatakan kebimbangan beliau kini adalah terhadap hospital tersebut berkenaan dengan kelengkapan keselamatan Covid 19 yang dikhuatirinya tidak dapat menampung golongan perawat di hospital itu.

“Pemberian kita ini adalah sebagai untuk memberi sokongan moral terhadap mereka ‘frontliner’ ini untuk terus berkhidmat sebagai ‘hero’ dalam kes Covid 19 ini.

“Kelengkapan keselamatan amatlah penting bagi mereka dan usaha kami dari Parti Amanah Negeri Johor adalah untuk meringakan bebanan yang ditanggung oleh mereka ketika ini.

“Kita maklum hospital Kluang adalah hospital yang disenaraikan sebagai ‘red zone’ di mana pihak perawat seperti doktor dan jururawatnya pasti akan bertungkus lumus menyelamatkan keadaan yang sedang kritikal,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Parit Yaani berkata, bantuan orang ramai amat diperlukan bagi menyediakan kelengkapan keselamatan untuk ‘frontliner’ dalam menjalankan tugas mereka.

Selain itu katanya, tidak kurang juga sumbangan dan bantuan berbentuk bahan makanan harian yang perlu diberikan kepada mereka ketika usaha mereka menyekang wabak Covid 19 ini.

“Kita simpati dengan nasib yang menimpa golongan ‘frontliner’ ini justeru orang ramai dan badan-badan berkumpulan perlu dibabitkan bagi mencari dana sumbangan terhadap golongan seperti ini.

“Sebelum ini kita juga dapat menyaksikan bagaimana golongan ‘frontliner’ ini ada yang terpaksa menjahit kelengkapan keselamatan sendiri dan perkara tersebut menggambarkan pergorbanan mereka yang besar dalam isu Covid 19 ini.

Oleh : AMNI JAGAT