Malaysia Dateline

400 pelajar di Parlimen Parit Buntar terima kelengkapan sekolah

Seramai 400 pelajar di Parlimen Parit Buntar, Perak menerima kelengkapan sekolah menerusi program ‘Back To School’ sebagai persiapan memasuki sesi persekolahan tahun depan.

Program yang dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan AMANAH Kawasan Parit Buntar itu turut dihadiri Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

ibu bapa dan anak-anak membeli barangan persekolahan

Menurut Facebook Parti Amanah Negara Parit Buntar, penyampaian sumbangan berbentuk baucar untuk membeli pakaian sekolah telah diadakan di lima zon iaitu Bagan Tiang, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Titi Serong dan Parit Buntar.

“Memandangkan kenaikan harga barang termasuk harga pakaian sekolah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar mengambil inisiatif membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi penyediaan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka .

“Majlis penyampaian baucar kelengkapan sekolah telah diadakan di Mydin Mall, Parit Buntar melibatkan penyampaian baucar kepada 100 orang pelajar

“Semoga sumbangan kelengkapan persekolahan ini memberi semangat dan menceriakan pelajar terbabit sebelum memulakan sesi persekolahan 2022,” katanya.

Turut hadir menyempurnakan majlis, Eksekutif Direktor Mydin Wilayah Utara, Azmin Datuk Dr Saduruddin; dan Pengurus Cawangan Mydin Parit Buntar, Muhammad Nazri Abdul Latif.