Adly angkat sumpah Ketua Menteri Melaka hari ini

Adly angkat sumpah Ketua Menteri Melaka hari ini

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka Adly Zahari mengangkat sumpah bagi jawatan Ketua Menteri Melaka bagi penggal ke 14 hari ini.

Upacara yang berlansung jam 4.00 petang tadi di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakub.

Adly, yang mewakili AMANAH, memenangi kerusi Dun Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-14 pada Rabu lalu.

Pada PRU14, BN tumbang apabila hanya memenangi 13 daripada 28 kerusi Dun Melaka. Pecahan kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan  yang mewakili kerusi  AMANAH (2), Bersatu (2), PKR (3) dan DAP (8).

Turut hadir Presiden AMANAH  Mohamad Sabu dan isteri Normah Ali dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan di Negeri Melaka.

Dalam sidang medianya Ketua Menteri Melaka itu berkata, Kerajaan Melaka sedia menerima teguran bagi memastikan kerajaan itu dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui sistem demokrasi, kerajaan Melaka bersedia menerima dan menjawab segala teguran rakyat dengan baik supaya rakyat faham apa dilaksanakan demi kebaikan mereka.

“Persoalannya bagaimana kita mahu menerima dan menjawab teguran itu terutama jika melibatkan berita tidak sahih dan sebagainya. Kerajaan sememangnya boleh ditegur oleh rakyat, tetapi dengan platform lebih besar seperti media dan sebagainya, ini semua boleh dijawab.

“Jika kita telus (melalui platform ini) boleh menjawab teguran itu. Kalau kita lakukan kesilapan kita perlu akui kesilapan, kemudian akan perbetul kesilapan-kesilapan tersebut,” katanya pada sidang pertamanya yang diadakan di Seri Negeri hari ini.

 

 

 

9.3
OVERALL SCORE
: 9.0
3 user votes x 9.3