Senarai Exco Johor akan dipersembah kepada Sultan hari ini

Senarai Exco Johor akan dipersembah kepada Sultan hari ini

Pakatan Harapan (PH) Johor yang bermesyuarat di sini malam ini telah memutuskan senarai nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada tengah malam ini juga

membincangkan pengagihan kerusi Exco dalam kerajaan negeri Johor.

Ia dipengerusikan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Johor dan dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, Pengerusi Amanah Johor Aminulhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

“Mesyuarat selesai pada jam 12 tengah malam tadi. Senarai Exco yang telah dipersetujui akan disembah maklum untuk mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Presiden PPBM malam tadi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS