Royalti (R) Kelantan ucap terima kasih Kelantan diberi royalti petroleum

Royalti (R) Kelantan ucap terima kasih Kelantan diberi royalti petroleum

Royalti (R) Kelantan mengucapkan terima kasih di atas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kelantan dan Terengganu akan mendapat bayaran royalti pengeluaran petroleum.

Presiden R, Haji Nazri Deraman (gambar atas) berkata, bagi memahami isu tuntutan royalti khususnya Kelantan, terdapat tiga perkara yang perlu diberikan perhatian:

i. Perjanjian Kelantan – Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 & Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang dengan jelas menyatakan Kelantan akan mendapat 5% dari jumlah pengeluaran. Bayaran tunai (lebih dikenali sebagai royalti) hendaklah dibayar kepada Perbendaharaan Negeri dengan kekerapan bayaran dua kali setahun.

ii. Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dinyatakan dalam dua dokumen penting iaitu a. Tawaran dan Komitmen Pakatan Harapan Malaysia (dokumen Membina Negara Memenuhi Harapan) b. Wawasan PH Negeri Kelantan.

Manifesto tersebut menjanjikan negeri Kelantan akan menerima bayaran royalti 20% dari jumlah pengeluaran jika sekiranya PH berjaya mentadbir Malaysia.

iii. Tunggakan bayaran royalti yg bermula semenjak dr pengeluaran pertama petroleum dr telaga minyak milik Kelantan. Jumlah yg dianggarkan tertutunggak sehingga kini adalah RM12-14 billion. Jumlah sebenar akan ditentukan berdasarkan maklumat dr Petronas, Jabatan Kastam dll. Jumlah ini akan disahkan oleh pakar-pakar yg akan dilantik kemudian.

Bagaimanapun menurut Nazri, Royalti (R) Kelantan tidak mahu terburu-buru kerana pembentukan kabinet PH masih belum mencecah 100 hari.

“Isu royalti menjadi antara isu tumpuan sebaik sahaja gergasi Umno-BN berjaya ditumbangkan. Oleh kerana Kelantan dan Terengganu tidak diperintah oleh PH di peringkat Dun, maka rakyat tertanya-tanya adakah PH akan mengotakan janjinya?

“Namun penegasan PM dalam hal ini adalah amat dihargai dan telah menjawab pelbagai persoalan. Rakyat telah menyaksikan pelbagai inisiatif dan perubahan yang berjaya dibuat dalam tempoh yang singkat ini seperti GST, isu 1MDB dll.

“Terbaru, PM telah menyatakan kesediaannya untuk menjelaskan bayaran royalti, ini membuktikan semangat federalisme akan dihormati dan keadilan akan ditegakkan,” kata Nazri dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau lagi, pihaknya berdoa agar segala urusan negara dipermudahkan oleh Allah swt termasuk urusan pembayaran royalti kepada yang berhak.

“Terima kasih PM dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan yang tidak pernah jemu dan tidak pernah gentar memperjuangkan hak mereka,” kata beliau.

CATEGORIES