Gaji MB, Exco Negeri Kedah dipotong 10 peratus

Gaji MB, Exco Negeri Kedah dipotong 10 peratus

Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil pendekatan segera menyahut seruan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila gaji asas jemaah menteri dipotong 10 peratus berkuat kuasa serta merta.

Sejajar dengan itu mesyarat Exco kerajaan negeri yang telah diadakan di Wisma Darulaman semalam mengambil keputusan yang sama dengan memotong 10 peratus gaji Menteri Besar (MB) dan juga exco kerajaan negeri berkuatkuasa pada bulan ini.

“Tindakan yang diambil merupakan salah satu usaha penjimatan perbelanjaan oleh kerajaan negeri.

“Ia juga membuktikan bahawa kerajaan turut prihatin terhadap masalah kewangan negeri.

“Selain dari itu tindakan ini tepat selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan sepertimana yang telah diumumkan oleh Tun Mahathir, ” ujarnya lagi.

Malah kata Mukhriz lagi, langkah yang diambil adalah tepat kerana pimpinan kerajaan negeri serta rakyat tatkala ini sedang berhadapan dengan pelbagai bebanan.

Tegasnya, melalui usaha ini ia dapat membantu menjimatkan kos bebanan dan tanggungan kewangan.

Sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah pun mengumumkan mengenai pemotongan 10 peratus gaji asas jemaah menteri sebagai salah satu usaha penjimatan yang akan berkuasa pada bulan ini.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS