42, 067 pengundi Sungai Besar, 32, 632 Sungai Besar layak mengundi hari ini

42, 067 pengundi Sungai Besar, 32, 632 Sungai Besar layak mengundi hari ini

Seramai 42,067 pengundi Sungai Besar dan 32, 632 pengundi Kuala Kangsar layak untuk mengundi mulai jam 8.00 pagi ini apabila pusat mengundi dibuka di kedua-dua pilihan raya kecil kali ini.

Mereka adalah pengundi biasa yang akan membuang undi selepas pengundi awal sudah berbuat demikian sebelum ini.

Di Kuala Kangsar,  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 23 pusat mengundi dengan 21 daripadanya adalah sekolah, manakala dua lagi dewan orang ramai akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sebanyak 11 daripada pusat mengundi itu terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, manakala 12 lagi di DUN Manong yang semuanya melibatkan 69 saluran.

Sebanyak 312 daripada pemilih berdaftar itu merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab itu pada 14 Jun lepas manakala lima ialah pengundi tidak hadir.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti AMANAH Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Bagaimanapun, daripada keempat-empat calon itu hanya Mastura yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah merupakan pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi (Shah Alam, Selangor), manakala Izat Bukhary (Kelantan).

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50

Di Sungai Besar pula, pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur dan calon Pas, Dr Abd Rani Othman.

Kedua-dua PRK ini diadakan berikutan kematian wakil rakyat masing-masing  dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

IKUTI LAPORAN SECARA LANGSUNG MELALUI MALAYSIA DATELINE

 

COMMENTS

Wordpress (0)