42% setuju Pakatan Harapan alternatif terbaik untuk Selangor

42% setuju Pakatan Harapan alternatif terbaik untuk Selangor

Kajian yang dibuat mendapati Pakatan Harapan merupakan alternatif terbaik untuk kekalkan pentadbiran negeri Selangor.

Menurut kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE), 42% respondan yang ditanya olehnya menjawab ‘ya’ manakala 38% tidak pasti manakala 20% berkata tidak.

Dalam kajian itu, respondan ditanya, “PH adalah alternatif terbaik untuk mengekalkan pentadbiran negeri Selangor”.

Berdasarkan kajian itu, Cina paling ramai menyokong PH alternatif terbaik dimana 49% dari respondan menyatakan “ya” untuk soalan itu, manakala 48% respondan India pula memberikan jawapan tidak pasti.

 

 

TAGS