Malaysia Dateline

428 pelajar gagal duduki SPM di Sarawak selepas positif Covid-19

Hasrat 428 pelajar di Sarawak untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam terhalang akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selain telah didapati positif Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 428 pelajar yang tidak dapat menduduki SPM yang bermula semalam adalah terdiri daripada 32 buah sekolah di negeri ini.

Kata JPBN, daripada 428 yang tidak dapat hadir peperiksaan SPM itu ialah merupakan 205 pelajar lelaki dan 223 perempuan.

“Mengikut pecahan pula, seramai 414 pelajar gagal hadir adalah disebabkan PKPD manakala 14 lagi merupakan kes positif Covid-19,” jelas JPBN.

Sebelum itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Norisah Suhaili memaklumkan seramai 35,312 pelajar di Sarawak telah menduduki peperiksaan SPM 2020 yang bermula semalam sehingga 25 Mac 2021.

“Seramai 33,064 pelajar atau 93.63 peratus merupakan calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) manakala 942 orang atau 2.67 peratus adalah calon Sekolah Menengah Swasta.

“Semenatara 361 pelajar atau 1.02 peratus pula adalah calon sekolah di bawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seramai 945 lagi atau 2.68 peratus merupakan calon persendirian.

Jelas Dr Norisah, calon-calon berkenaan menduduki SPM di 294 pusat peperiksaan dengan diawasi seramai 226 penyelia kawasan dan 2,566 pengawas peperiksaan di seluruh Sarawak.
Attachments area