Malaysia Dateline

4,284 kes baru, 18 lagi maut akibat COVID-19

Sebanyak 4,284 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 dalam negara sebanyak 226,912 kes.

Daripada kes baharu sebanyak 4,278 kes membabitkan warga tempatan manakala enam kes membabitkan kes import.

Seramai 18 orang direkodkan telah meninggal dunia menjadikan kes kematian setakat ini sebanyak 809 kes.

307 pesakit positif COVID-19 ditempatkan di ICU di mana 141 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi jumlah kes sembuh pada hari ini seramai 3,804 orang menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 177,794 kes.