Malaysia Dateline

43 pelajar kita dari Indonesia jadi kluster terkini Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 43 pelajar yang pulang dari Temboro, Indonesia sebagai kluster baharu Covid-19.

Mereka pulang dari Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.

Menurut KKM, Temboro di daerah Magetan merupakan salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di republik tersebut.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, KKM menyifatkan langkah kerajaan melaksanakan kuarantin dan menyaring semua rakyat negara ini yang pulang dari luar negara adalah tepat bagi mengelak kemunculan kes import.