Dakwa culik anak guam: KDN konsisten konsep pembahagian kuasa, mahu KPN beri laporan siasatan

Dakwa culik anak guam: KDN konsisten konsep pembahagian kuasa, mahu KPN  beri laporan siasatan

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kementerian itu konsisten dengan konsep pembahagian kuasa dalam melaksanakan hak yang termaktub dalam perlembagaan membabitkan penolakan tahanan reman peguam Siti Zabedah Kassim semalam.

Beliau berkata, pihaknya perlu mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu tanpa menganggu siasatan polis.

“Saya telah meminta Ketua Polis Negara untuk memberi laporan terperinci mengenai isu ini sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Sementara itu, saya mengambil maklum bahawa permohonan polis untuk menahan reman Siti Kasim telah ditolak oleh mahkamah semalam.

“Konsisten dengan konsep pembahagian kuasa, peranan mahkamah adalah untuk menentukan kesahihan tindakan
polis, dan untuk mengimbangi segala hak-hak yang telah termaktub dibawah perlembagaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Mahkamah Majistret Kajang menolak permohonan reman terhadap peguam aktivis Siti Kassim.

Terdahulu, polis menahan peguam itu di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang tugas penjawat awam apabila bertindak untuk menviralkan video ketika tangkapan pihak polis datang ke rumahnya.

Penahanan dibuat susulan laporan oleh seorang wanita yang mendakwa anaknya yang berusia 24 tahun dilarikan oleh Siti sewaktu menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata, beliau mengambil maklum pandangan orang ramai mengenai isu dan tindakan siasatan polis terhadap Siti Kasim berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh waris yang mengatakan bahawa anak mereka telah diculik.

“Saya juga mengambil maklum mengenai respon Siti Kasim bahawa pada masa tersebut, beliau bertindak sebagai peguam kepada mangsa.

“Saya bersetuju mengenai hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman, dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau diugut oleh mana-mana pihak.

“Walaubagaimanapun, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya perlu untuk mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu, tanpa menganggu siasatan polis,” ujarnya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote