Malaysia Dateline

444 mangsa banjir kena Covid-19

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kini sebanyak 444 kes selepas dua lagi kes dilaporkan setakat jam 3 petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mengikut rekod, jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 4,520 orang.

Jumlah keseluruhan kes positif di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal 15 selepas tiada penambahan kes baharu hari ini.

“Sebanyak 57 PPS masih beroperasi iaitu 32 di Pahang, Kelantan (17), Selangor (empat), Terengganu (tiga), dan Negeri Sembilan (satu).

“Jumlah kluster Covid-19 di PPS kekal satu kerana tiada pertambahan kluster baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.