Malaysia Dateline

45,000 tan metrik sampah berjaya dibersihkan

Sebanyak 44,847.95 tan metrik sampah pukal dibersihkan di lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terjejas banjir setakat 9 malam tadi.

Dalam laporan pengendali sisa pepejal KDEB Waste Management, kebanyakan sampah dibersihkan dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan 19,040.50 tan.

Diikuti Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melibatkan 7,957 tan serta Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan 6,760 tan.

Pembersihan di kawasan tiga PBT itu melebihi 80 peratus dengan MBSA 85 peratus, MBSJ (87 peratus) dan MPK (90 peratus).

Manakala kerja pembersihan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor selesai sepenuhnya.