Belum ada pencabar Anwar bagi jawatan Presiden parti, kata Setiausaha Agung PKR

Saifuddin Nasution Ismail

Datuk  Saifuddin Nasutian Ismail

Masih belum ada calon lain yang tampil menyuarakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata setakat ini hanya Anwar yang mengesahkan akan bertanding jawatan tertinggi parti itu yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Setakat ini yang dah betul-betul mengesahkan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2018 (MIRF) hari ini, di Kuala Lumpur. ketika ditanya mengenai perkara itu.

Saifuddin berkata beliau akan bertemu dengan Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, di Turki bagi urusan melengkapkan borang pencalonannya.

“Secara kebetulan saya akan menziarahi beliau esok di Turki dan saya akan bincang mengenai persiapan beliau dalam mengambil bahagian dalam pemilihan akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan menghapuskan jawatan Ketua Umum parti berkenaan, beliau dengan ringkas berkata: “Cadangan bagi menghapuskan jawatan berkenaan kita akan bincang kemudian.” ujarnya seperti dilaporkan Bernama.

COMMENTS

Wordpress (0)