46 penduduk kampung Tambak Paya, 4 anggota bomba terhidu gas beracun

Kampung Tambak Paya

Lima puluh mangsa gas beracun di Kampung Tambak Paya, Jasin termasuk empat anggota bomba kini mendapat rawatan di Hospital Melaka dan Hospital Jasin setakat pukul 5 pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Lt. Kol (PA) Effendy Ali menerusi

kenyataan hari ini berkata seramai 32 mangsa termasuk anggota bomba kini mendapat rawatan di Hospital Melaka, manakala 18 lagi di Hospital Jasin.

Hasil siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut berpunca daripada sebiji tong dram berisi gas klorin bocor dan telah mencemarkan kawasan sekitar satu kilometer radius.

Pasukan penyelamat turut menjumpai sebanyak tujuh biji tong dram di tanah kebun pada 6 petang, katanya.

Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka berkata sebuah pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya telah dibuka pada 5 petang semalam dan menempatkan 79 mangsa daripada 25 keluarga.

Katanya Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengisytiharkan kawasan terjejas itu selamat pada pukul 3.40 pagi ini.

Pasukan bomba bekejar ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.

CATEGORIES